Wednesday, March 2, 2011
BUNGA YANG MEKAR SEMERBAK>>
Kesusahan Bukanlah Penghalang untuk menjadi WANITA SOLEHAH..
Dirimun digelar Assidiqah , Athahirah,al-Mubarakah
Kehadiranmu pelengkap sirah manusia agung
Kelembutanmu bukanlah kelemahan
Akhlakmu menjadi suri teladan
Buat manusia yang diciptakan
Ketika kecil,Fatimah Azzahra' RA menyaksikan sendiri cubaan yang dialami oleh ayah dan bondanya,baik berupa gangguan2 mahupun penganiayaan2 yang dilakukan orang2 kafir Quraisy.ia hidup menghirup udara mekah yg penuh dgn debu perlawanan orang2 kafir trhadap keluarga nubuwwah,keluarga yg menjadi pusat iamn hidayah dan keutamaan.
Hati anak mana yg tahan apabila melihat ayahnya diseksa?
Lantas satu hari beliau telah mengikut dibelakang ayahnya.Dijalanan,beliau melihat ayahnya berdakwah dan dihina, dilayan seperti binatang dan pengimis walhal ayahnya adalah seorang insan yang terhebat,termulia dan paling sempurna baik dari segi pecakapannya atau peribadinya, baginda dicaci,dihina dipukul dan dibaling batu....masyaAllah....adakah kite sendiri yang mengaku sebagai umatnya menbiar kan shj pengorbanan Baginda yang sehebat ini ??????tidakkah kte tega menyaksikannya shj???
maka marilah kite sama sambut TAKAZA AGAMA ini....
jadikan baginda kudwah hasanah,dan jadikanlah dakwah ini maksud hidup kite...insyaAllah..
Kemuncak penghinaan,ketika nabi bersolat dihadapan kaabah,Abu Jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud!!
Dengan linangan air mata, Fatimah RA datang membersihkan badan ayahnya..
Ia menyaksikan kepayahan dan kesusahan orang2 mukmin dalam perjuangan gagah dalam menyebarkan
kalimah toyyibah/tauhid dan kehebatan Allah.. Suasana perjuangan itu membekas dalam jiwanya yang suci dan memainkan peranan pening dalam pembentukan peribadinya serta mempersiapkan kekuatan mental bagi menghadapi kesukaran2 di masa hadapan..
InsyaAllh ana akn sambung rencana ana yang terlalu byk kekurangannya pada masa hadapn..
Ingatlah kehidupan dunia adalah sementara,permainan semata2,kehidupan akhirat adalah yang kekal abadi,jadikan tujuan hidup kte didunia ini untuk bina kehidupan di akhirat...
Wednesday, February 9, 2011
SALAM SATU UMMAH
SYUKRAN ALAIK YA ALLAH
Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)
Keutamaan Cinta Kerana Allah Swt
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟
Maka Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu"
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)
Maka Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu"
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)
Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka." Rasulullah SAW bersabda, "Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih."
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, "Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?" Rasul SAW bersabda, "Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya."
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)
Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, "Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?" Rasul SAW bersabda, "Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya."
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)
Subscribe to:
Posts (Atom)
